Santai....

Assalamualaikum pada semua sahabat pembaca blogku yang tak sepertinya ini.....

Erkkk???? Kenapa Bahasa Melayu???

Kenapa tidak? Aku kan orang melayu... Kalau bukan aku yang guna bahasa melayu, siapa lagi?

Hehehehe....

Tahun 2013 ni aku menulis ikut hati, ikut rasa... suka suka apa aku nak tulis. Nak bahasa apa pun boleh. Ikut suka aku... Nak baca, teruskan... tak nak baca, butang next blog ada kat atas tu... silakan.

Tahun 2013...
Pemandangan luar tingkap aku berubah... 
Nak di selaraskan dengan keperluan semasa keluarga kecil ni... Memang peritlah sikit tapi aku seronok kerana di berikan ruang kecil untuk aku mencari ilham... Ilham untuk apa??? Macam macam yang ada dalam kepala otak aku ni. Memang dari kecil pun, aku terkenal dengan kepala otak yang berserabut... jadi di ruang kecil ini dapat aku merungkaikan keserabutan yang ada dalam otak aku...

Tahun 2013...
Dah setahun aku menjadi pekerja swasta bergaji tetap ...
Yang seronoknya kat tempat ni aku boleh kerja selama mana, selagi aku terdaya... tak ada had umur... Kotlah aku dah umur 70tahun masih lagi boleh merempit dengan Pinky, aku kerja la jugak... daripada aku duduk rumah tak buat apa apa... (Kotla ada nyawa aku lagi)

Dan buat pertama kali dalam masa 6 tahun ni aku merasa dapat bonus... (^_^) Malangnya bonus aku tu selesai dalam masa tak sampai setengah bulan... (T..T) sebabnya???

Pelajaran #1 untuk korang: Hidup jangan berhutang!!!  Okaylah kalau hutang tu hutang rumah (sebab itu aset... lagi pun kalau korang kerja makan gaji macam aku ni, mana nak dapat beli rumah cash... rumah Barbie boleh arr)

Pelajaran #2 untuk korang: Ukur baju di badan sendiri!!! Kalau gaji tu setakat RM1500, janganlah berbelanja macam gaji tu RM15,000. Berpada-pada sikit dan kena tau uruskan kewangan. Ni belum sampai hujung bulan dah menadah tangan kat mak bapak dan adik beradik, mintak advance. Bila dapat gaji, kena bayar advance tu balik... dah tak cukup lagi sampai hujung bulan, mintak advance lagi... Sampai bila nak habis??? Tak malu ke??? Patutnya kita yang dah bekerja ni bagi duit kat mak bapak, ini tidak. Arwah nenek aku selalu pesan, bapak aku pun selalu cerita, duit gaji tu cuma 70% je duit kita, 10% untuk mak bapak, 10% untuk simpanan, 10% lagi untuk zakat, sedekah dan lain lain yang sekutu dengannya.

Pelajaran #3 untuk korang: Jangan mudah percaya pada orang!!! Orang kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Nasi lemak buah bidara... sebab sayang, segala galanya melayang... Orang lain bersenang lenang, kau tanggunglah semua najis yang di tinggalkan seorang diri... Puihhh!!! Memang celakalah nasib kau sebab kau pandai memperbodohkan diri kau sendiri.

Tak apa... tak apa... Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku... Hari ni aku susah, tak bererti aku susah sampai bila bila. Rezeki aku dah di tulis, cepat atau lambat aje. Yang penting aku berusaha untuk selesaikan semuanya supaya aku mati tak menyusahkan orang lain. Senyum, tak perlu kata apa apa.

Tahun 2013...
Dah masuk 9 bulan aku gantung kad matrik aku... 
Bila dah bergelar isteri tu, kenalah susun semula priorty kan??? Jadi buku2 pelajaran aku letak ke tepi. Taklah aku lupakan terus, cuma menunggu masa yang lebih sesuai untuk aku teruskan. Impian untuk convo bersama sibujang tu, aku simpan ajelah... Tak apa, bukan rezeki aku. Panjang umur aku akan sambung belajar juga. Kali ni dah kali yang ketiga aku tersangkut setengah jalan. Mula mula ITM, lepas tu UNITAR, ni pulak OUM. Memang bukan rezeki aku nak pegang degree. 

Sementara tu, banyak lagi pelajaran, pengajaran dan pengisian lain yang boleh ku kutip setiap hari dalam setiap yang berlaku di sekeliling aku. "Degree" yang takkan dapat di beli di mana mana pun, yang tak kan dapat sama dengan sesiapa pun...

Tahun 2013...
Dah 9 bulan jugalah aku bergelar isteri...
Masih terkial-kial dalam menyesuaikan diri dengan keletah Encik Suami ni. Tapi aku bersyukur kerana mempunyai dua buah keluarga yang sangat supportive, sebelah aku dan sebelah Encik Suami... dan aku sangat sangat bersyukur Encik Suami dapat menerima seadanya aku... bersabar dengan segala kekurangan aku... berbahagia dengan apa sedikit yang ada padaku... Hanya Allah s.w.t saja yang dapat membalas segala kebaikannya...

p/s: Dalam post yang lepas, aku ada berjanji untuk postkan gambar2 perkahwinan aku. Malangnya sehingga ke hari ini aku masih belum dapat gambar dari Encik Photographer tersebut.  Almaklum, ia merupakan hadiah perkahwinan kami... so sudah tentunya Encik Photographer mahu memberikan hasilnya yang terbaik. Gambar gambar yang ada sekarang ni pun, dari lensa keluarga dan rakan rakan... tak berapa sesuai untuk di kongsi di sini. Jadi sama samalah kita bersabar ye...

Wassalam...

Nur Hidayatul Ain '91