Assalamualaikum...
Sejak pertama kali dia melihat trailer cerita ni sebelum movie, dia selalu ingatkan aku yang kami mesti tengok cerita ni.
Dia tak sempat tengok,..
4 bulan 11 hari lepas dia pergi... akhirnya hari ni aku beranikan diri untuk tengok cerita yang ditunggu-tunggunya.
Tidak satu saat pun aku tidak mengingati dia...
Kalau di dalam panggung, dah tentunya dia akan memegang tangan aku... aku yakin dia akan faham setiap perjalanan cerita ni...kerana cerita ni cerita kami...
Dia Augustus Watersku, walaupun sakit sentiasa melawak... selalu buat aku ketawa...
Walaupun dia tahu, dia tak pernah mengalah... malah ikutkan saja kemahuanku untuk berubat apa saja cara yang ada, membiarkan aku mengheretnya pergi setiap appointment doktor, menelan setiap ubat yang aku sediakan setiap hari, memekakkan telinga bila aku membebel kerana terlupa, membisu setiap kali aku merajuk kerana di mataku dia tak pedulikan kesihatan diri dan seolah tak mahu bersama denganku lagi.
Tapi hakikatnya, segala apa yang dilakukan adalah untuk sehari lagi bersama denganku.
10 Mei 2012 - 19 Jun 2014
2 tahun 1 bulan 9 hari
Begitu singkatnya hubungan kami...
Tetapi 2 tahun 1 bulan 9 hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Keikhlasan kasih yang paling mendalam pernah aku rasakan dari seorang lelaki yang tak pernah aku terdetik pun akan terselirat alur hidupnya dalam jalur kehidupanku...
Jodoh, ajal maut... semua ketentuanNya, semua rahsiaNya.. DIA temukan aku dengan orang orang yang salah supaya aku lebih bersedia bila bertemu dengan jodohku yang sebenar-benarnya...
DIA pinjamkan aku kekasihNya yang ini untuk melengkapkan kitaran kehidupan sebelum di ambilnya kembali. Melaluinya, DIA limpahkan kasih sayang yang jujur dan amat mendalam. Setiap saat aku bersyukur dengan peluang yang telah di berikan...
Sehingga saat ini, kasih itu masih lagi terasa... bagi ku, dia masih ada...tetap akan ada...
Dan aku cuma menghitung hari hari untukku bersamanya kembali...